Berdasarkan pandangan ulama tasawuf untuk menjadi hambaNya yang takwa adalah melalui kaedah pengaktifan 'hawa' dan mempasifkan 'nafsu' atau erti kata lain memaksimumkan potensi akal yang ditetapkan ALLAH swt sesuai dengan fungsinya.
Akal berpotensi memacu hati supaya dapat digunakan bagi berkomunikasi atau berhubung dengan Allah. Manusia yang tahu menggunakan potensi akalnya. pasti mampu berhubung dengan Allah melalui hatinya. Sebaliknya, manusia yang mengabaikan potensi akal sudah pasti menuruti hawa nafsunya yang cenderung melakukan kejahatan dan kemaksiatan kepada Allah.
[ Surah asy-Syams(91) : ayat 8-10 ]
Makna : “Lalu diilhamkan (Allah) kepadanya(manusia) kejahatan & ketaqwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwanya). Dan sungguh rugi orang yang mengotorkannya.“
Ayat ini jelas menunjukkan Allah mengilhamkan kepada jiwa manusia dua jalan iaitu kefasikan dan ketakwaan. Orang yang lebh tertarik kepada ilham kefasikan selalu menurut hawa nafsunya iaitu lebih cendorong kepada 'tarikan bumi' atau 'tarikan kebinatangan' atau 'tarikan kerendahan'. Manakala orang yang tertarik kepada ilham ketakwaan, pasti mengikuti perintah dan petunjuk Allah dan hatinya cendorong kepada 'tarikan langit' atau 'tarikan malaikat'.
Gunakanlah fungsi akal semaksimum dan betul.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment