Sunday, 20 February 2011

06 FarMaSi : [ TPN - ToTaL PaRenTeRaL NutRiTioN ]

AssaLaMmualaikum...

Entry kali ne nak bercerita mengenai TPN lak.. skrg ne tgh attach unit TPN & IV Admikstur. Seperti yang diterangkan sebelum ne.. Unit ne di bawah Bahagian Perolehan dan Pengeluaran...

Korang mesti biaso dengo dalam babak humor or drama yg gado2

"ko jangan cari nahas, jangan sampai nanti ko makan gunekan straw...!"

so yang derang maksodkan uh adalah TPN.. hehehe

TPN atau nama lain HYPERALIMENTATION adalah satu praktis dimana makan tanpa menggunakan mulut... hahaha.. tapi istilah sebenarnya tanpa menggunakan saluran pemakanan (gut)...

So derang makan camne? hah tgk gambo dibawah



Dia diberi gunekan saluran darah di tempat2 tertentu (tgk gambo diatas) sama ada central atau peripheral. Apa beza dy?


So sape yang betol2 layak diberi TPN/PPN ne?
  1. Bayi pramatang coz selalunya saluran pemakanan mereka tak abes develop (immature)
  2. mereka yang malnourish (kurang makan) dan perlukan surgery, radiotherapy or chemotherapy
  3. terseksa dengan cirit birit yang sangat kronik dan muntah2 terok
  4. Saluran pemakanan dy da paralysed (x ley makan gune mulut > 5 hari)
Ape ad dalam kandungan uh?

Mcm makanan biasa.. dy ad kalori terdiri dari karbohidrat, protein dan lemak selain electrolyte (Na+, K+, Cl-, PO4 2-, Ca2+, Mg2+), vitamin serta trace element (Zn, Co, Mn, Cr..)

So kite ley pikir bape kandungan n kuantiti diperlukan untuk pesakit yang berlainan based on pesakit nye kondisi semasa (da macam pakar nutrisi) hahaha.... 

Adat didunia, setiap perkara mesti ada baik buruknya.. setiap manusia ada kebaikan dan kelemahan tersendiri.. TPN pon same gak

dy ley nyebabkan
  • Refeeding syndrome : keadaan dimana metabolisma berlaku sewel nyebabkan level phosphorus, magnesium dan calcium tbe2 rendah dari paras minimum
  • Hyperglycemia : Tinggi kandungan gula dalam darah
  • Hypertriglyceridemia
  • Hepatobiliary complication : steatosis, cholestasis, gallblader stone.
  • Thrombophlebitis


So, sebagai seorg Farmasi, selain perlu tahu penyediaan TPN beg dalam kondisi sterile di bilik sucihama (sterile room) anda juga perlu tahu calculate dan monitor progress harian pesakit yang on TPN dari segi lavel dan komplikasi semasa..

SEKIAN....

Saturday, 19 February 2011

05 KeHiDuPan : [ BaWa DiRi yG LaRa... ]

AssalamMuaLaikuM semua,

makin addict ku menulih bl0g.. ghehehe... Sy0k la beBel s0rg2 kat laman seSaWang ne...

S0klan Lazim yg ak terima sebelom flite ak keje ke sabah sampai la ne..


  • Asal x aply kej0 kat J0h0r ja? 
  • Meraj0k ngan sape sampai bawak diri ke Sabah?
  • Ne nak cari 0rg Sabah ka jd 0rg rumah? 
  • dan len2.. Hahaha

Tapi bukan hal ne nak disharekan malam ne.. Yg sebenarnya ak teringat kisah seorang bdak p0mpuan yang cuba bunuh diri dengan telan Panad0L (PCM)...


Ceritany pd ari selasa, jam 1:05am ak dapat kol dari Y/M TDM (peg. yg mengetuai unit TDM) yg beritahu ad kes PCM Poisoning kat Hospital.. (coz ak ONCALL TDM minggu uh).. Tapi pelik, selalunya pihak operat0r akan terus direct kol ke handphone ak... Ghupenye2, pihak hospital da try sekali k0l ak, tapi tak dapat... teros menelefon pegawai farmasi len... 

Teka sape.??

Klo second caller takpe tapi de probm nye dy teros kol KETUA PEGAWAI FARMASI (Ketua Jabatan ).. so korg ley bayangkan ap akan terjadi pada ku.. hahaha.. juz naseb ak baek coz ak tyme uh kene bertugas di hospital Queen 2 (SMC).. so tak dapat jumpela dy.. fuhhh...

So dipendekkan citer, ak p0n sempat interbiew pesakit uh sementara tgg mesin dipanaskan selama sejam.. Umo dy 20 ta0n.. memang comey n kearah cun.. hehe.. dy hanya telan satu papan ja PCM malam td.. ghupenye2 dy dok gad0h dgn pakwe dy... pakwe dy mintak clash coz kata dy curang and men kayu 3... kononny dy telan panadol nak buktikan pada pakwenyela yg dy tak curang... (ak tak pelik sangat).. yang ak btol2 pelik bile dy mintak no handphone ak n nak berkenalan... hahahaha.. 

N sepanjang ak oncall mesti banyak kes dak pompuan telan panadol... macm2 hal...
N ak pon terpikir mereka tak tak0t ke azab neraka dgn tindakan derang..?
Sabda Nabi Muhammad SAW :
“Sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari puncak bukit kerana membunuh diri, maka dia akan berulangkali jatuh ke dalam api neraka selama-lamanya, sesiapa yang meneguk racun kerana membunuh dirinya, maka racun itu akan berada di tangannya dan dia akan meneguknya berulangkali di dalam neraka selama-lamanya, sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi, maka besi itu akan berada di tangannya dan dia akan memukul kepalanya dangan besi itu berulangkali di dalam neraka selama-lamanya” 
[Riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34].


Ingatlah wahai rakan, 
Firman Allah SWT :
…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, sesungguhnya tiadalah yang berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan orang-orang kafir 
 [Surah Yusuf ayat 12].
Sebelom ak akhiri entry untuk arine meh ak bagi reason nape ak aply keje di Sabah... hehe..

Bukanlah untuk bawa diri jaoh dari segala perkara di semenanjong tapi adalah untuk try hidop di tempat orang dan tgk budaya dan cara mereka disini... Nice kan? Hehe

N lagu dibawah ne ak sangat suka n popular betol2 tyme ak nak 1st keje di Sabah.. 

SELAMAT MENGHAYATI....


Friday, 18 February 2011

04 FarMaSi : [ TheRaPeutiC DruG MoNiToRinG (TDM) ]

AssalaMmualaikum & SaLam SeJahTeRa...

Seperti yang dijanjikan, ak akan terangkan satu per satu services yang Farmasi jalankan di Hospital.. dan entry ini saya mulakan dengan TDM atau sekarang dikenali sebagai Clinikal Pharmacokinetic Services (CPK) cam pelik ja bunyi... tapi ramai da biasa panggil TDM..

So mari berkenalan dengan TDM...

TDM tu secara umumnya untuk mengkaji kandungan ubat dalam badan kita (melalui pengambilan darah).. so dari situ, kita boley kaji samade korg

  • Makan ubat atau tak (hah.. cuak ah tu..)
  • Dose/Kekuatan ubat yang kami bagi makan da campai target level kandungannya tak..
  • Tgk ubat yang korang telan dah capai toxic ka? dan ape tindakan yang perlu kami lakukan klo capai toxic.. (selalunya Ubat Panadol yg ditelan untk org2 yg nak bunuh diri)
Dan untuk makluman semua, tak semua ubat yang bley disumbat dalam mesin dibawah ne..
hanya ubat2 tertentu sahaja.. esp yang mempunyai ciri-ciri target level terlalu strict (maksudnya ada range tertentu untuk setiap ubat; jika ambil kurang takde kesan and terlebey sedikit akan membahayakn diri sendiri)..
mas0k syue p0n muat ne.. hehehe


So berikut adalah serba sikit ubat2 yang dikaji dan dijalankan di TDM Farmasi HQE...


  • ANTIBIOTIC                 : Gentamycin, Vancomycin, Amikacin
  • ANTIEPILEPTIC (sawan) : Phenytoin, Valproic Acid, Phenobarbitone, Carbamazepine
  • ASTHMA                     : Theophylline/Aminophylline
  • CHEMO DRUG (cancer)  : Methrotexate, Cyclosporin
  • POISONING                 : Paracetamol, Salicylic Acid



Di TDM, sebagai seorang farmasi anda perlu tahu masa mengambil sampel darah pesakit, cara menggunakan mesin, mengira kandungan level ubat dalam darah dan dose diperlukan/direkomendkan untk mencapai target dan juga tindakan susulan perlu dilakukan jika pesakit dalam kandungan toxicity.

Sekian.... 

03 KeHiDuPan : [ DuNia PeNuH CaBaRaN... ]

AssalamMualaikum....

Perkataan 'UJIAN' tidak pernah lekang dalam hidup seharian kita. Rasa dipermainkan, diabaikan, dihina, dimaki, difitnah dan dikhianati dari orang yang ak kenal malah ak kasihi, cinta dan juga sayang da macam mainan hidup seharian ku.. Aku sering mengeluh, bersedih, malah pemikiran ak akan jadi tak rasional apabila ditimpa ujian.. Ku gagahkan diri jua dikhayalak ramai seperti tiada apa yang berlaku tapi itu semua hanyalah hipokrit ku...


Aku acapkali lupa segala ujian menimpa diriku adalah dari Allah SWT..

Satu equation yang amat simple

Ujian dari Allah = Sayangnya Allah pada hambaNya

Kenapa perlunya Dugaan & Cabaran?

Disinilah Allah menguji kita samade kita ingat Dia ketika dilanda musibbah malah juga apabila dalam kesenangan.. Ingatlah segala ujian yang melanda adalah tidak seterok yang kita sangkakan.... Allah tidak zalim untuk menyeksa kita malah terbukti dalam firmanNya..

Firman Allah SWT :
"Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan." [Al-Quran Surah Ath-Thalaq 65 : Ayat 7]

SABAR : Orang-orang yang DASYHAT...! (pengaruh Nazmi Raja Lawak 5..Hehe..)

Sabar adalah kekuatan.. Apabila sering memujuk diri aku akan ingat akan sabar.. coz ak yakin dengan janji Allah..  Allah tetap akan memandang hamba-hamba yang sabar itu lebih dari segalanya. Allah akan tetap memandang dengan pandangan yang penuh kasih sayang melalui pandangan rahmat-Nya. Malah, para malaikat juga akan turut mendoakan hamba yang sabar, Insya Allah. 

Sabda Nabi Muhammad SAW :
“Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya,tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah”   [Hadis Riwayat Muslim

MAAF : Cucian dari Dendam dan Bisikan Syaitan

Walaupun sekejam dan seterok manapun tindakan orang lain terhadap aku... Maafkanlah mereka wahai diriku... Sedarlah wahai diriku, eventhough Nabi Muhammad SAW (hamba yang paling Allah kasihi) p0n dibaling batu, tahi dan macam2 jenis tahi ketika berdakwah di Taif. Baginda bukan sahaja tidak berdoa supaya dilaknat kaum tersebot malah memaafkan masyarakat di taif dan Memohon Allah membuka hati mereka menerima Islam... 

Renungkanlah wahai diriku...


DOA : Senjata oRg yang BerIman...

Firman Allah SWT :
"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): 'Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku'. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)."  [Al-Quran Surah Az-Zumar 39 : Ayat 49]


Aku ingatkan diri ak yang kerdil, cepat2 bersuci dan menghadap Tuan Punya Dunia apabila dalam kesenangan apalagi jika musibah melanda..  Mengadulah, menangislah. Memang sifat kita lemah apabila berada di hadapan-Nya. Ingatlah wahai diriku, secubit ujian yang Allah berikan, bergumpal-gumpal pahala sebagai ganjaran Allah kepada hamba-Nya.

Syaratnya adalah dengan BERSABAR.


Thursday, 17 February 2011

02 FarMaSi : [ FarMaSi... Ape tu??? ]

Salam...

Keputusan SPM 2010 bakal diumumkan pada 11 Mac 2011 menyebabkan aku tkenang kembali detik kenangan dulu di SMKA Bandar Penawar sehingga ak yang kini. 

Keputusan ak taklah membanggakan sangat, tapi pengalaman tsebotlah membuat ak cekal dan berusaha di matrikulasi sehingga dapat 2 tawaran berbeza.. Syukur Pada Allah. Samada ak ingin terikat dengan Petronas (Geologi/Kej. Kimia) ataupun JPA (Farmasi).. Akhirnya, ku tur0t kehendak ibuku yang mahukan ada anaknya dalam sektor kesihatan.. 

Ku pilih Farmasi..

Juj0r ak cakap, ak tak taw ap tu Farmasi... yg ak taw bagi ubat n kedai farmasi.. hehe.. n ak tak tipu, eventhough dah last year p0n ak rasa nyesal ak amek farmasi.. nape x physi0therapy ka... Tapi sumpah kl0 medic lagi ak tak mau... takda life.. seryes....!

Bukan itu yg ak mau bebel disini.. Tapi ak nak sharekan ape peluang yang kamu dapat jadi se0rang Pegawai Farmasi....

Tapi seblom uh nak citer katne korg ley blajo nak jadi farmasi.. Kompirm2 korg kene amek Ijazah Sarjana Muda Farmasi yg ad di IPTA (USM, UM, UKM, UIA n UiTM) dan IPTS (AIMST, Nottingham, MSU, IMU....)

So ape peluang k0rg? Secara umumnya ak ley bagi peluang korang dalam 5 sektor utama.. iaitu KESIHATAN, INDUSTRIAL, KOMUNITI AWAM, PENDIDIKAN dan R&D

KESIHATAN

Untk makluman k0rang, after grad dari mana2 U, k0rang kene bkhidmat dgn Kerajaan selama 3 ta0n (paling minimum). n Korang kene wat latihan PRP [Pr0visional Registered Pharmacy (sama mcm h0usemanship dr)..] selama 1 ta0n ja sebel0m disahkan k0rg ne bet0l2 layak as Pharmacist...

So di Kementerian Kesihatan k0rang ley berkhidmat either di Hospital (include Klinik Kesihatan), Jabatan Kesihatan Negeri, Penguatkuasa ataupun Pusat Bekalan Negeri.. 
 


Apa bezanya?? Oh.. banyak beza gak
  • Jabatan Kesihatan Negeri n Kementerian sendiri bagi mereka yg berminat dengan kerja2 admin
  • Penguatkuasa lak da macam POLIS.. Selaen wat pemeriksaan rutin di Klinik, Farmasi, Kilang Ubat.. Derang juga wat serbuan tangkap yang jual dadah, ubat2 yg takda kelulusan dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) etc..
  • Pusat Bekalan Farmasi lak da macam STORE dan wholesale membuat pembelian besar-besaran untuk ubat2 yg mahal etc...
  • Hospital lak macam2 ada based on bahagian mana.
Secara rambangnya terbahagi kepada Bahagian Pesakit Luar, Bahagian Pesakit Dalam, Bahagian Perolehan dan Pengeluaran dan Bahagian Latihan dan Informasi.

  • Bahagian Pesakit Luar (OPD) untuk pesakit yang pergi klinik pakar dan selain pemberian ubat yang bet0l, ada kaunseling (individu n kumpulan), MTAC untuk Warfarin, Darah Tinggi, Kencing Manis, Renal etc.
  • Bahagian Pesakit Dalam (IPP) untuk pesakit yang tinggal di dalam Wad. Ada Satelit Farmasi (pembekalan ubat), Wad Farmasi (intervent ubat yang sesuai untuk setiap pesakit), dan Therapeutik Drug Monitoring (TDM)*.
  • Bahagian Perolehan dan Pengeluaran ada Total Parenteral Nutrition (TPN)*, Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR)*, IV Admikstur, Store dan Manufacturing.
  • Bahagian Latihan dan Informasi ada Drug Information Services (DIS) dimana bukan sahaja menjawab segala soalan2 berkaitan ubat dan kesihatan malah merancang latihan untuk PRP, dan segala bentuk akademik dan latihan kepada Farmasi.
 Macam2 peluang ada di sektor kesihatan.
* akan diterangkan lebih detail di post akan datang..


INDUSTRIAL

Bezanya dengan Kesihatan, Industrial prone untuk sektor swasta dan juga GLC. Pelbagai kilang ubat tersohor telah wujud di Malaysia seperti Pharmaniaga, Hovid, CCM Pharma, Kotra Pharma, Pfizer, YPC Pharmaceutical, Ain Medicare, Zuellig, Duopharma etc..

KOMUNITI

Yang komuniti biasanya korg tgk kedai2 farmasi yang banyak di area2 umah korg.. paling top guardian, Anis Farmasi, Farmasi Pahang.... Korang boleh beli ubat di farmasi instead beli dari klinik swasta.. banyak pilihan ada disana.. bagi item2 yang list A dan B hendaklah kemukakan preskripsi baru dapat dibekalkan...



PENDIDIKAN dan R&D

Pendidikan n R&D takley dipisahkan.. Korg berpeluang untuk melanj0tkan pelajaran ke master n PhD .. Korang berpeluang mendidik anak bangsa seter0snya dalam bidang ini..
Untuk R&D banyak area korg ley cebor antaranya

  • Pharmacology
  • Pharmaceutical Biotechnology
  • Pharmaceutics
  • Pharmaceutical Chemistry
  • Physiology
  • Pharmacogenomic


Ne tak diskus lebey detail.. s0 banyak juga ghupenye bidang farmasi ne.. da kerje baru ku sedar.. hehehe.. so sume ne terletak pada interest masing2.. warna rambut sama2 itam tapi ati len2...

Dan sekarang aku mula minat dengan KERJAYA aku sekarang...

Hehe.. wassalam.




Wednesday, 16 February 2011

01 KeHiDuPan : [ MengHarGai PerSahaBataN ]

Salam Maulud Nabi,

Da lama tergerak ati nak blogger juz tak gheti nak nulih... sebab 1st entry ni lah ku mau sharekan bende yang bmain di pikiran ak..


Seorang Alim Ulama' AlQamah telah berwasiat pada puteranya


"Hai anakku, jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini : 
  • Andainya bersahabat dengannya dia boleh menghias dirimu, sekiranya pada suatu ketika kamu kekurangan belanja dia boleh berbelanja untuk kamu.
  • Bersahabatlah sekiranya kamu luhur satu kebaikan lalu orang itu pun berbuat demikian, apabila melihat kebaikan daripadamu lantas dikutipnya dan dihimpun kerana menghargainya.
  • Apabila melihat keburukanmu lantas ditutupnya, bersahabat rapatlah kamu kepada orang yang jika kamu meminta sesuatu (nasihat atau apa sahaja) lantas dia memberimu segera.
  • Apabila kamu berdiam diri tidak meminta sesuatu darinya, dia menunjukkan rasa resah gelisah. Sekiranya bala menimpamu, dia merasa simpati dan timbang rasa.
  • Pastikan jika engkau berkhidmat dengannya, dia boleh kawal dirimu.
  • Bersahabatlah apabila kamu berkata sesuatu, dia mengiyakan sahaja. Sebarang perkara usaha sungguh-sungguh yang kamu hendak lakukan, dia segera memberi sokongan. Dia segera mengalah ketika berbalah denganmu."
Masalahnya berpunca dari diriku yang kerdil ini. Aku tidak pandai menilai. Kurasakan gula itu baik, manis... ku tinggalkan yang pahit... Tapi bila terlebih ambil yang MANIS dan memudaratkan diri (Diabetes / Kencing Manis) baru teringat yang PAHIT (ubat).

Minta maaf sahabat coz aku tidak menghargai pengorbanan dan jasa yang kau beri ketika diri ini menerima kawan yang baru.. Bila ku ditimpa dalam kesusahan baru ku sedar semua ini,dan aku kehilangan segalanya.. 

Pesanan AlQamah menyentak aku segala kesalahan aku selama ini..

Maafkan aku sahabat...


LAGU INI KHAS DITUJU BUAT SAHABATKU.........